All Together Now 2022
ATNM2: Ramai Suka Syafinaz Jadi Kapten- "Komen Sangat Supportive & Membina..."
Musim kedua program All Together Now Malaysia (ATNM2) telah pun membuka tirai dengan episod pertama pada Ahad lalu.
Ia menyaksikan Nadeera dan Ranisha merupakan dua peserta yang berjaya melangkah ke peringkat final ATNM2.
Selain peserta, juri dan kapten antara yang menjadi tumpuan penonton sehingga menjadi bualan di media sosial terutama Twitter.
Rata-rata gembira dengan barisan juri terutama kapten Datuk Syafinaz Selamat yang mengemudi penjurian buat musim kali ini.
Syafinaz mendapat pujian kerana dilihat seorang kapten yang layak memberi komen berdasarkan nilaian persembahan peserta.
"Tok Naz as a capten really did a great job. Komen yang sangat supportive dan membina. Love to see her every time she gives msnher comments on contestants. Kudos to Astro as well," ciap salah seorang netizen.
"Astro did a great job by replacing AC Mizal with Datuk Syafinaz for captain #AllTogetherNowMalaysia2," puji salah seorang warga maya.
"Baru realistik kapten season nk compared to season lepas," kata salah seorang warganet.
Selain Syafinaz ATNM2 mempersembahkan 50 barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
"Memang setuju dengan pilihan juri untuk musim kali ini," komen salah seorang netizen.
"Aku suka line up juri musim ni. Tak ada juri dari TikTokers yang pelik pelik," kata salah seorang pengikut laman sosial.
Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
Must-Watch Video