All Together Now 2022
Penjurian Kalah Mati - Ini Cara Pemarkahan All Together Now Malaysia Musim Kedua, Sekaligus Bakal Melayakkan Juara Rebut RM50,000!
Program nyanyian All Together Now Malaysia bakal kembali musim kedua (ATNM2) beberapa hari sahaja lagi.
Sama seperti musim pertama nasib peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah sahaja bagi setiap peserta.
Imbau kembali cara penjurian ATNM sebelum ini, dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ATNM2 Final untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Advertisement
Seramai 20 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing.
Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.
Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima. Peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik.
Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan Sing-Off untuk menempah tempat ke peringkat akhir. Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi.
Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Datuk Syafinaz Selamat selaku Kapten Juri mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium.
Jadi, jangan lupa saksikan ATNM2 yang mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Must-Watch Video