Skip to main content

Selebriti

ALPHA Umum Bakal Buat Konsert 'The First Wave' 26 September Ini

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Kumpulan M-pop ALPHA buat kemunculan istimewa di pentas Big Stage Rocketfuel untuk sokong Rieffa dan umumkan konsert sulung mereka, The First Wave, pada 26 September.
  • Tiket konsert ALPHA akan mula dijual pada 19 Julai dan maklumat terkini boleh diikuti melalui platform digital Rocketfuel.
  • ALPHA baru sahaja lancar album studio penuh pertama mereka, The First Wave, sambil terus kukuhkan kedudukan dalam industri M-pop tempatan.
Advertisement

Suasana pentas Big Stage Rocketfuel semakin rancak apabila kumpulan M-pop ALPHA membuat kemunculan istimewa di atas pentas berprestij itu.

Kehadiran ALPHA adalah untuk mengumumkan konsert sulung mereka, The First Wave pada 26 September ini.

Advertisement

Mewakili kumpulan itu, Ariel berkata bahawa kehadiran mereka adalah sebagai tanda sokongan terhadap bintang Big Stage Rocketfuel iaitu Rieffa yang membawa lagu Gelato, selain mempromosikan konsert mereka.

"Pertama kali, kami datang ke sini untuk sokong Rieffa. Selain itu, kami ingin memaklumkan bahawa kami bakal  mengadakan konsert pada 26 September ini tiket akan mula dijual pada 19 Julai ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan, Daniel turut berkata bahawa sebarang perkembangan terkini mengenai konsert tersebut boleh diakses melalui platform digital Rocketfuel.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, selepas setahun mencipta fenomena tersendiri dalam arena M-Pop tempatan, ALPHA meraikan satu lagi pencapaian penting menerusi pelancaran album studio penuh pertama mereka yang turut berjudul The First Wave.

Dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky, ALPHA terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan lelaki paling menonjol dalam industri hiburan tempatan menerusi identiti muzik yang segar, persembahan bertenaga serta sokongan peminat yang semakin berkembang dari hari ke hari.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement