,
AME2018

"Saya Tak Pasti Itu Sabotaj" - As'ad Motawh

Amri Hassan
23/01/2018
07:42 MYT
Penyanyi muda As'ad Motawh enggan menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung insiden memalukan dalam rancangan hiburan siaran langsung di Indonesia baru-baru ini.
Baca: Selsema, Sakit Tekak Punca As’ad Motawh Tak Dapat Menyanyi Dengan Baik
Baca: “Jangan Kecam, Pagi Memang Susah Nak Menyanyi”- Tajul Pertahan As’ad Motawh
Kata Asad, 17, dia terlebih dahulu berbincang dengan pemuzik rancangan itu sekiranya mahukan dia menyanyi perlu mengikut 'key' yang bersesuaian dengan vokalnya.
"Sebelum naik pentas saya ada berbincang dengan pemuzik untuk menurunkan 'key' mengikut kemampuan vokal saya.
"Tetapi apabila berada di pentas, mereka menggunakan 'key' yang lebih tinggi dan meminta saya menyanyikan bahagian lagu yang paling susah.
"Saya terima sahaja apa yang berlaku ketika itu dan cuba yang terbaik namun suara saya pecah teruk!
"Saya tidak pasti ini satu sabotaj namun saya terima insiden ini daripada sudut positif dan mengambil pengalaman ini satu pengajaran untuk memperbaiki teknik nyanyian saya," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.
As'ad mengakui kesilapan itu berpunca daripada dirinya dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
"Saya belajar daripada kesilapan, kalau tidak bersedia lebih baik jangan menyanyi.
"Saya pun akan bersedia lebih awal sekiranya dikehendaki menyanyikan lagu orang lain. Kalau tidak mampu, saya terpaksa kata tidak," jawabnya jujur.
As'ad bagaimanapun bersedia untuk menyanyikan semula lagu Asal Kau Bahagia (Armada Band) sekiranya mengikut 'key' vokalnya.
As'ad yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini tercalon dalam kategori Artis Baharu MeleTOP AME 2018 di samping Hannah Delisha, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Farah Nabilah dan Afifah Nasir.
Undian fasa pertama mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.
Klik di sini untuk melihat senarai top 20 AME 2018.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @asadmotawh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Unitar