Skip to main content

Viral

Ameera Khan Dedah Bapa Selalu Kecewa Dengan Pilihan Pasangan - “InsyaAllah Saya Akan Buat Keputusan Yang Lebih…”

ASTROGEMPAK Ameera Khan

Sekilas

  • Ameera Khan menegaskan wanita tidak perlu bertahan dalam hubungan jika pasangan gagal memberikan rasa selamat, terjamin dan stabil.
  • Walaupun mampu menjaga diri sendiri, Ameera suka dimanjakan dan percaya lelaki harus beri lebih daripada sekadar memenuhi keperluan asas.
  • Ameera berkongsi pengalaman hubungan lalu di mana dia banyak berusaha tanpa balasan, dan berjanji akan buat keputusan lebih baik pada masa depan.
Advertisement

Pempengaruh Ameera Khan berkongsi pandangan mengenai wanita tidak sepatutnya bertahan dalam perhubungan jika pasangan tidak mampu memberikan rasa selamat, terjamin dan stabil.

 

Advertisement

Ameera atau dikenali sebagai LMK berkata walaupun dia mampu menjaga dirinya sendiri namun sangat menyukai jika dimanjakan pasangannya. 


 

“Peranan seorang lelaki dalam hubungan bukan hanya sekadar menyediakan keperluan, saya boleh menjaga diri sendiri, jadi saya tidak memerlukan kamu untuk itu tetapi manjakan saya juga kerana saya sukakannya.

 

“Seorang lelaki sepatutnya membuatkan kamu rasa selamat, terjamin dan stabil. Jika dia tidak mampu, jangan sesekali bersetuju atau berkompromi,” kongsinya. 

 

Bercerita kembali mengenai hubungannya sebelum ini, adik kepada Neelofa itu mendedahkan dia sering melakukan perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab lelaki.

 

Ameera mengakui menyerahkan segala upaya dalam hubungan dan berusaha demi kebaikan pasangannya tetapi tidak menerima apa-apa balasan.

 

Dalam pada itu, Ameera turut menjawab soalan wargamaya dengan mengatakan bapanya juga sering kecewa dengan pilihan pasangannya, tetapi tetap memilih untuk bersikap baik.

 

“Awak tak nak tahu apa yang dia cakap. Boleh kata dia sentiasa kecewa dengan pilihan saya tapi dia tetap baik. Tapi Insya-Allah saya akan buat keputusan yang lebih baik di masa akan datang,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement