Skip to main content

Anak Masih Tak Dengar Cakap, Mek Yun Geram Lihat Ibu Bapa Guna Kaedah ‘Gentle Parenting’ - “Saya Bersyukur Dibesarkan Dengan Didikan Tegas”

Bakar isteri

Sekilas

  • Mek Yun meluahkan rasa geram melihat ibu bapa yang masih guna kaedah gentle parenting walaupun anak-anak degil.
  • Dia berkongsi pengalaman dibesarkan dengan didikan tegas yang melibatkan rotan dan tampar, yang dianggapnya membentuk dirinya jadi lebih bertanggungjawab dan beradab.
  • Perkongsian Mek Yun mendapat sokongan ramai netizen yang percaya didikan tegas lebih berkesan untuk mendisiplinkan anak.

Pempengaruh, Mek Yun meluahkan rasa geram selepas melihat ada segelintir ibu bapa yang masih menggunakan kaedah ‘gentle parenting’ meskipun anak-anak mereka masih tidak mendengar arahan.

Menerusi perkongsian di Threads, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee mengimbau kembali momen dibesarkan ibu bapanya ketika kecil yang amat tegas dengan dirinya dan adik-beradik.

“Saya geram tak boleh lihat ibu bapa yang menggunakan kaedah gentle parenting tetapi anak masih berdegil. 

“Teringat dahulu, saya dan abang-abang dibesarkan dengan cara yang tegas. Kalau melawan cakap,tinggikan suara atau buat salah. Memang siaplah kena rotan, tampar dan hanger semua. Kelakar bila teringat balik,”tulisnya.

Bagaimanapun Mek Yun bersyukur kerana ibu bapanya telah membesarkan dirinya dengan cara tersebut kerana berpendapat didikan tersebut telah membentuk dirinya menjadi manusia yang lebih baik.

“Tetapi saya bersyukur sebab didikan itulah yang menjadikan saya dan abang-abang menjadi ‘orang’ beradab, hormat orang tua dan bertanggungjawab. Saya bersyukur saya ada ibu bapa yang tegas dahulu,”ujarnya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen menyokong kenyataan Mekyun dan berpandangan didikan tegas mampu mendisiplikan anak-anak.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement