Skip to main content

Selebriti

Anggap Perkahwinan Rezeki Terbesar, Kesungguhan Bakal Suami Tawan Hati Nurel Baharin - "I Date To Marry"

Anggap Perkahwinan Rezeki Terbesar, Kesungguhan Bakal Suami Tawan Hati Nurel Baharin - "I Date To Marry"

Sekilas

  • Pelakon Nurel Baharin, 24 tahun, bakal berkahwin lebih awal daripada jangkaan keluarga yang mahukan dia berkahwin pada usia 30 tahun.
  • Perkenalan singkat selama setahun dengan bakal suaminya yang seorang ahli perniagaan menjadi faktor utama keputusan mereka untuk berkahwin.
  • Bakal suami Nurel memberi sokongan penuh terhadap kerjayanya dan mahu dia terus aktif dalam dunia lakonan selepas berkahwin.
Advertisement

Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, pelakon Nurel Baharin mengakui dirinya tidak pernah menyangka akan berkahwin pada usia yang muda.

Nurel atau nama penuhnya Nurelyana Baharin,24 menggangap perkahwinannya bersama pilihan hati itu sebagai rezeki yang terbesar pada tahun ini.

Advertisement

Malah, dia gembira kerana perkahwinan mereka dipersetujui oleh kedua belah pihak, meskipun pada asalnya, ibu bapanya mahu Nurel mendirikan rumah tangga ketika berumur 30 tahun.

“Saya tak pernah merancang untuk berkahwin pada usia muda. Mungkin sebab ini rezeki saya. Saya berjumpa dengan orang yang baik dan firm. Dia terus berjumpa keluarga saya.

“Perkahwinan ini adalah rezeki terbesar saya tahun ini. Keluarga mentua pun sangat baik dan ibu bapa saya memahami yang anak dia nak kahwin pada usia awal. 

Advertisement

“Pada asalnya, mereka mahu saya berkahwin pada umur 30 tahun. Tetapi sebab bakal suami ini tahu dengan apa yang dia nak dan berjaya meyakinkan ibu bapa saya,”katanya kepada Gempak.

Nurel berkata demikian ketika menghadiri sidang media drama Ate Kome, I Love You di Sunway Pyramid pada Jumaat.

Dalam masa sama, bekas Dewi Remaja itu turut mendedahkan bahawa hubungan mereka tidak mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Menurut Nurel, kesungguhan bakal suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan menjadi antara faktor yang membuatkan dirinya yakin untuk berkahwin, selain dia sendiri tidak suka bercinta terlalu lama.

“Perkenalan kami amat singkat. Saya kenal dia selama setahun dan dalam tahun yang sama juga kami buat keputusan untuk berkahwinan. Merisik pula bulan 11.

“Kesungguhan dia yang tak pernah berhenti untuk halalkan saya yang buatkan saya yakin dengannya. Dia sanggup jumpa keluarga. Hari kedua berjumpa dah kenal umi. Selang beberapa hari, dia jumpa adik beradik saya pula. Dia ada rancangan sendiri bila nak berjumpa orang terdekat saya. Keluarga saya tertaik dengan usaha dia.

Ditanya sama ada bakal suaminya akan meletakkan sebarang batasan terhadap kerjaya lakonannya selepas berkahwin, Nurel berkata pasangannya sentiasa memberi sokongan penuh dan mahu melihat dirinya terus aktif dalam dunia lakonan.

“Keputusan saya untuk berkahwin tidak menghalang kerjaya saya. Bakal suaminya mahu saya teruskan kerja dan tak mahu saya berhenti. Dia nak isteri yang bekerja. Jika pasal anak ke apa itu semua boleh dirancang kemudian,”katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nurel kini tampil membintangi drama romantik komedi Ate Kome, I Love You yang sedang distrim menerusi platform Viu.

Terdahulu, Nurel berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan selepas selamat dirisik oleh keluarga kekasihnya.

Anda mungkin berminat dengan

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Must Watch Video

Advertisement