Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida sekali lagi telah mencuri perhatian apabila menghadiakan kereta mewah Mercedes-Benz CLA 180 kepada anak perempuannya Cik B.

Kereta mewah itu dihadiakannya sempena ulang tahun kelahiran Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang ke 13 tahun.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadi Vida, dia memuat naik video rakaman Cik B memandu kereta mewah itu buat pertama kali.

Menurut Vida, Cik B sebelum ini meminta dihadikan kereta lumba jenama Ford Mustang, namun ia tidak dapat ditunaikan.

“Nak Mustang, tapi saya bagi Mercedes-Benz dulu,” tulis Vida dalam kapsyennya.

Rata-rata netizen dan peminatnya bangga dengan pemberian Vida kepada anaknya itu.

Hasil carian di laman sesawang, harga kereta mewah tersebut bernilai lebih kurang RM200,000.

Suprise tuk Cik B.. Cik B nak Mustang tuk birthday dia..tapi sy bg Merz dulu.. Ok tak? Tag kawan kawan yg bercita cita nak beli Merz..

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

]

CiK B..Cik B.. Mana Fanz Ciik B.. Nak ajak naik kereta ni.. Cik B bawa

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Hadiah tuk Cik.B.. Merz . Tag kawan kawan yg nak beli kereta cenggini

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Saya pula yg over Xcited Dah dapat kereta Apa tunggu lagi.. CIk B..Cik B.. Bawa kereta.. Kat Jualan Gudang saya.. Tepi Petronas .. Jelapang 2 Ipoh Perak.. Tag kawan kawan yg nak jumpa cik B

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Foto: IG Vida
Teks oleh: Syafiqah Jalal