Pelawak dan penyanyi popular Achey akhirnya menghela nafas lega apabila anak angkatnya, Tiara Zinnirah kini sah menjadi mahramnya.
Dedah Achey, dia punyai alternatif sendiri apabila isterinya, Nor Hasanah Yahaya gagal menghasilkan susu badan sendiri.
"Isteri saya berusaha untuk memberikan susu badan untuk anak angkat saya namun kurang berjaya.
"Jadi, doktor sarankan agar berhenti kerana risau akan menjadi punca kanser payudara.
"Pilihan lain yang saya ada hanyalah kakak saya yang kebetulan sedang menyusu badan, jadi dialah ibu susuan Tiara.
"Selain itu, biras saya pun menjadi ibu susuan Tiara. Jadi tiada masalah untuk halalkan hubungan Tiara dan keluarga kami. Kedua-dua keluarga muhrimnya," kata Achey.
Achey yang ditemui pada sidang media DYXY Showcase 2018 Tour di KLCC semalam urusan untuk menghalalkan Tiara dan keluarganya sedikit sebanyak merisaukannya.
"Saya mendapatkan pandangan ustaz dan mufti berhubung perkara ini sebab ia sangat merisaukan saya.
"Menurut ulamak, Tiara perlu sekurang-kurangnya lima kali puas susuan dan syukur dapat lapan kali.
"Urusan ini selesai pada Aidiladha lalu dan semuanya berjalan lancar. Tiara sudah jadi darah daging saya," tambahnya.
Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak tujuh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei lalu.
Amri Hassan
Thu Aug 30 2018
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.
Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil
Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.
Kisahkan Tentang Penyeluk Saku, Ini Fakta Menarik Drama Bercakap Dengan Jun
Baru sahaja ditayangkan 1 Mei lalu, drama adaptasi novel Bercakap Dengan Jun karya Hasrul Rizwan mungkin membuat ramai penonton tertanya-tanya kisah disebalik drama tersebut.
Terkini: Faisal Halim Dah Mula Jamah Makanan, Cuba Latihan Ringan
Alhamdulillah.
AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”
Afifah dedah Judika tak dapat datang ke majlisnya.
Mengaku Kerja Grab, Netizen Tak Sangka Aslam Lucu - “Patutlah Ramai Terpikat, Handsome & Kelakar Rupanya”
Aslam buat video pun lucu.