Penampilan berhijab dan lebih sopan pelakon Nonny Nadhirah selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah ternyata mendapat perhatian ramai.

Foto yang menampilkan dengan imej terbaharu itu dikongsi oleh Nonny menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Rata-rata pengikut IG Nonny memuji perubahan imej Nonny yang dikatakan lebih cantik serta berharap moga terus beristiqamah dalam menutup aurat.



Nonny berangkat ke tanah suci Mekah pada 16 Januari lalu bersama penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin serta suaminya, Ahmad Ailis.

Ladang Addas, Thaif ? . #nonnynadirah #umrah2019

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

Selamat menyambut ulangtahun Ija, Ku doakan mu sentiasa diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan,diberikan rezeki yg melimpah ruah,semoga menjadi anak yg lebih baik/solehah,mendapat jodoh yg terbaik buat dirimu,semoga terus menjadi pendengar setia,juga menjadi cikgu kepada kami,dan tariklah kami utk masuk ke syurga bersama2 dgnmu,sentiasa dilindungi,dirahmati,apa juga yg mu buat sentiasa mendapat redha Allah,dan bahagia dunia dan akhirat insyaallah!! . Dan semoga persahabatan kita @nurhelizahelmi @mila_jirin akan membawa kita lebih dekat dgn Allah dan sampai ke syurga insyaallah... amin!!!! . Lillahi Ta’ala aku syg mereka. sahabat dunia akhirat.? . . . Muka ciknons penuh kat screen,naik 4kilo! al-sekian... ?

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on