Nama pelakon veteran, Roslan Salleh secara tiba-tiba menjadi perbualan hangat di Twitter apabila gambarnya menjual daging dendeng tular di platform media sosial terbabit.

Pada yang kurang mengenalinya, Roslan merupakan pelakon senior yang sering muncul di filem dan drama tempatan.

Kali terakhir Roslan muncul di layar lebar adalah menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos tahun lalu.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh anak saudaranya, Roslan dilihat sedang menjual daging dendeng di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah Melaka.
Produk jualannya juga dibungkus rapi dengan pelekat jenama Daging Dendeng Pak Lan.

Rata-rata netizen memuji usaha Roslan yang kini menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

Jadi orang Melaka, apa tunggu lagi, pakatlah serbu 'Daging Dendeng Pak Lan'!

Jika mahu membeli daging dendeng terbabit, boleh lakukan carian 'Warung Hijau Rojak Sotong' di aplikasi Waze atau Google Maps.