Pelakon Azhan Rani menerusi posting terbaharunya di Instagram (IG), telah memaafkan pemilik produk yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran untuk tujuan promosi.

Bukan setakat itu, Azhan juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undag-undang kepada mereka dan menganggap isu tersebut sudah selesai.

Menurut Azhan, sebelum ini dia berkongsi beberapa keping foto pemilik produk penapis air yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran.

Bukan niat membesarkan isu, namun itu adalah cara untuk memberi kesedaran kepada individu-indidividu tersebut supaya menghormati hak orang lain.

Dalam pada itu Azhan mengucapkan terima kasih kepada pemilik produk yang telah membuat permohonan maaf.

“Okay sebelum masuk ramadan ke 3 ni biar aku ‘clear’ kan dulu isu ni..Kita teruskan ramadan kita dengan damai.

Walaupun bukan la isu besar negara pun, aku anggap perkara ni dah selesai. Rata-rata ‘owner product’ dah pun buat permohonan maaf.

“Insha-Allah setulus ikhlas aku maafkan, tak ada ‘legal action’ pun dari aku. Itu bukan point aku, matlamat utama aku kesedaran kita dan menghormati hak orang lain,” tulisnya.

Selain itu Azhan turut menegaskan tentang pentingnya meminta izin dan meminta agar mesej kesedaran yang cuba disampaikan ini dipanjangkan kepada yang lain.

okay sebelum masuk ramadan ke 3 ni biar aku clear kan dulu isu ni.. kita teruskan ramadan kita dengan damai. walaupun bukan la isu besar negara pun.. aku anggap perkara ni dah selesai.. rata2 owner product dah pun buat permohonan maaf.. ada yang dm senyap2 ada yang publish terus di social media.. in shaallah setulus ikhlas aku maafkan. takde apa legal action pun dari aku walaupun jujur aku kata ada yang offer untuk handle kes ni sampai ke pengadilan. itu bukan point aku.. matlamat utama aku kesedaran kita dan menghormati hak orang lain. pentingnya minta izin.. nak guna gambar tu tak salah.. bukan gambar aku je gambar siapa2 pun asalkan minta izin dan tuan punya tahu terlebih dulu. kalau betul caranya izin tu boleh je bagi percuma. itu je point aku. maaf pada tuan punya produk yang offer aku nak beri produk percuma dia.. terima kasih tapi aku tak boleh terima sebab dah lari dari tujuan asal aku.. cuma kalau sudi sampaikanlah kesedaran ni kat semua.. buat yang menggelabah cipan nama produk diaorang terpampang dalam posting aku.. maaf aku aku kena buat macam tu dan sebab tu jugalah owner produk korang sudi reply aku. in shaallah mereka janji untuk bagi kesedaran ini pada agent produk diaorang.. harap korang pun tak sia2 kan ilmu berguna dalam trainning korang dan beringat apa saja tindakan korang akan effect pada agent2 yang lain dan produk korang sendiri.. macam yang aku cakap dalam posting aku tu jugak produk yang aku sebut ni hanya contoh. setiap hari ada macam2 produk lain juga buat cara ni. jadi yang tak kena mention tak yah la lompat bintang sangat. ni untuk korang juga. ini adalah posting terakhir aku pasal ni. kalau posting ni gagal memberi kesedaran.. tak kan ada lagi kata2 daripada aku.. kita jumpa yang arif je la ya.. semoga kita sama2 dimurahkan rezeki yang diberkati . harap yang lain pun takde lagi hentam menghentam di sini❤️? #kosongkosong #salamramadan

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on


Terdahulu, Azhan meluahkan rasa kesalnya apabila ada sesetengah juru jual mengambil kesempatan mempromosi jualan menggunakan fotonya.

Menerusi posting tersebut Azhan turut meminta juru jual- juru jual tersebut dinasihatkan supaya mencari rezeki dengan lebih berkat.


“Bertahun-tahun korang berniaga selama ni tak letak gambar aku pun. Rasanya takkan lingkup pun ‘business’ korang tanpa muka buruk aku tu.

“Tolonglah.. kita sama-sama cari rezeki halal dan berkat,” rayunya menerusi sebuah muat naik yang pada Isnin.

boring lagi kes macam ni.. cuma aku nak share juga peel penjual2 coway ni.. tolong siapa2 yang rasa coway tu company dia jaga la adab anak2 buah korang yang nak berniaga ni.. jual ajelah mesin korang tu.. tapi jangan kaitkan dengan aku yang takde kena mengena ni.. bertahun2 aku hidup masak air dari air paip.. mesin korang pun tak jamin pun hidup aku boleh tambah lagi 50 tahun.. ye aku geram.. setiap hari aku dapat posting macam ni.. majoriti agent coway.. tolong mana satu boss korang pergi nasihatkan cara baik anak2 buah korang ni.. bukan aje gambar aku tapi siapa2 yang tak berkenaan jangan korang kaitkan.. bukan aku tak tau .. aku bukan jenis suka turun naik mahkamah pun buat kerja2 saman menyaman ni.. tapi jangan paksa aku jadi macam tu.. bertahun2 korang berniaga selama ni pun tak letak gambar aku pun.. rasanya takkan lingkup pun business korang tanpa muka buruk aku tu.. tolonglah.. kita sama2 lah cari rezeki halal dan berkat?

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on


Foto: Instagram Azhan Rani