Bila tiba saja bulan puasa, pastinya banyak bazar Ramadan dibuka di kawasan berdekatan.

Pelbagai juadah berbuka yang dijual di bazar dan antara yang sering 'diburu' pastinya menu roti john.

Pasti ramai sanggup beratur panjang jika terdapat peniaga menjual roti john yang sedap.

Namun berbeza pula di Twitter, roti john kini menjadi perbincangan 'panas' apabila ada yang mendakwa kebanyakkan peniaga kini bagaikan 'scammer', menipu pengguna.

Menurut tweet individu bernama @pitsudda, kebanyakkan roti john di bazar hanya dicampur isi telur yang halus dan kemudian ditambah sedikit sayur dan lambakan sos dan mayonis.

"Tambah perkataan leleh, jadilah harga RM7. Orang sekarang punya berniaga," katanya.
Tweet berkenaan sehingga kini telah menerima 15,000 perkongsian.

Walaubagaimanapun, menurut individu terbabit, bukan semua yang perlu digelar 'scammer' kerana masih ada peniaga yang jujur.

"Tweet ni bukan untuk semua peniaga roti john, tapi untuk segelintir yang tamak. Aku percaya masih ada peniaga jujur. So, reply tweet ini dengan roti john sedap dan berbaloi tempat korang agar bermanfaat.," katanya.

Melihat reaksi warganet, ada yang setuju dan tidak kurang juga tidak sependapat dengan tweet terbabit.

Pada masa yang sama, netizen turut berkongsi jualan bazar yang menjadi kegemaran mereka untuk dijadikan rujukan pada pembeli yang inginkan roti john lazat.

Anda boleh lihat reaksi mereka di bawah: