Pelakon drama Korea popular Master’s Sun, So Ji Sub, 41, dilaporkan menjalani hubungan cinta bersama wartawan, Jo Eung Jung, 24.

Berita itu disahkan oleh agensi Ji Sub, 51k Entertainment.

“Memang benar mereka berdua sedang bercinta. So Ji Sub dan Jo Eun Jung serius dengan hubungan mereka.

“Pasangan ini bertemu buat kali pertama adalah ketika Ji Sub ditemu bual oleh Eun Jung untuk rancangan One Night Of Entertainment dan selepas itu mereka berdua bertemu kembali dalam majlis reunion dan mula mengenali antara satu sama lain.


“Kami belum dapat memastikan sudah berapa lama mereka mula bercinta kerana perkara itu adalah hak peribadi artis berkenaan,” jelas wakil agensinya.

Kisah percintaan mereka mendapat perhatian peminat selepas didedahkan secara umum berikutan jarak perbezaan umur Eung Jung yang muda 17 tahun.

Terdahulu, hubungan pasangan ini didedahkan secara eksklusif oleh portal eksklusif terkenal Korea, Dispatch baru-baru ini.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto eksklusif yang didedahkan oleh Dispatch.