"Dayana ni bukan ustazah atau bukan lepasan Al-Azhar, tapi baju pengantin dia aku rasa lebih elok dari yang aku tengok budak-budak agama pakai time majlis nikah," itu antara komen netizen apabila foto perkahwinan pasangan pelakon drama Epit & Elly, Hadi dan Dayana tular di media sosial.

Disifatkan ringkas dan masih mengekalkan ciri-ciri patuh syariah, ramai yang mengangumi cara pasangan itu melangsungkan majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.

Bagi peminat drama bersiri popular sekitar tahun 2011 itu, pastinya figura dua pelakon kanak-kanak itu masih melekat di fikiran peminat.

Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana mulai rapat menerusi drama Epit & Elly dan cinta monyet pasangan itu membawa ke jenjang pelamin setelah mereka disatukan pada 15 Jun lalu.

15 Jun 2019 Hari bersejarah bagi kehidupan ku dan dia. Hakikat penyaksian dihadapan Allah Azzawajjalla. Terima kasih kerana mendoakan kami. Mudah-mudahan Allah SWT merahmati cinta ini.

A post shared by عبد الهادي (@hadi_mazlan) on



Dayana yang pernah memenangi pertandingan nyanyian Idola Kecil 2 menyarung persalinan jubah putih lengkap khimar pada majlis akad nikahnya.

Manakala, memilih untuk memakai jubah hitam pada majlis resepsi mereka, sedondon dengan Hadi.

Pemilihan pakaian serba ringkas itu terus menarik perhatian netizen yang memuji sikap bersederhana pasangan itu.

"Make up also, simple sangat dan tak tabarruj tapi still berseri-seri," tulis salah seorang pengguna.

"Baju idaman nikah, simple, tutup segalanya dan tak terbentuk langsung," tambah pengguna lain pula.

"Baju dia tak ketat. I like itu. Nanti nak duduk atas pelamin pun selesa. Tak payah adjust sana sini," tambah @joeaidaaa.

"Teori dan praktikal. Itulah Islam. Tidak nampak keindahan Islam jika ia tidak dipraktikkan oleh umah Islam," sahut @khaiizhaa.

Tidak mustahil Dayana pernah dilantik sebagai Ikon Pertubuhan Kebajikan Aurat Malaysia MOCA (Malaysian On Covering Aurah) pada awal tahun ini.

Tahniah kami ucapkan buat pasangan Hadi dan Dayana!

Alhamdulillah selesai semuanya.. Terima kasih buat tetamu yang datang.. Maaf bagi pihak kami jikalau ade sebarang kekurangan, tak sempat nak borak lama.. Tq jugak buat besan, family tersayang, sanak saudara jauh dan dekat, sahabat tersayang..Semoga Allah murahkan rezeki anda semua.. Barakallah..

A post shared by Aida Daud (@aidacdaud) on

Banyak2 pic sy nak share pic ni.. Alhamdulillah sy di temukan dengan besan dan keluarga yg sangat sporting, baik hati, x banyak karenah, Allah hantr untuk permudahkan kerja sy.. Syukur pada Allah majlis yg di tunggu2 and di nanti2 berjalan dengan lancar, May Allah bless bride.. Ade rezeki tauun depan terima cucu.. Insha Allah..

A post shared by Aida Daud (@aidacdaud) on

Alunan qasidah yg merdu di alunkan semasa duduknya pengantin di kerusi persandingan. Majlis ringkas ini tiada berinai, tiada tepung tawar, ketibaan pengantin selepas waktu zohor bagi iringi selawat dan sepenuh pujian pada pencipta.. sedikit sedutan

A post shared by Aida Daud (@aidacdaud) on