Bekas Finalis Dewi Remaja, Fazreen Fazera mendedahkan hubungan percintaannya bersama aktor Mas Khan telah berakhir.

Perkongsian itu dibuat menerusi ruangan soalan 'Ask Me A Question' di akaun Instagram (IG) peribadinya.

"You not longer with Mas Khan?" tanya seorang netizen.

Menjawab soalan terbabit, Fazreen memberikan jawapan yang jujur.

"I'm so sad to announce that.. Yes. I am no longer with him. Maybe now or maybe forever.

"But for me to know and for you to find out," kata Fazreen.



Dalam pada itu, Fazreen turut menjawab soalan netizen yang ingin mengetahui punca perpisahan antara dirinya dan Mas.

"I dont need third party in my relationship.

"I keep my personal relationship life private, because you only know what I allow you to know," katanya lagi.



BACA: "Semua Orang Buat Salah" - Ini Pesan Mas Khan Kepada Fazreen Fazera...

Fazreen dan Mas Khan mula menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu.