Aktor Syafie Naswip menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada 26 Jun lalu.
Pelakon itu didakwa memaki bekas tunangnya menggunakan kata-kata kesat dan kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut wanita tersebut sehingga berdarah.
Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah.
Kali terakhir memuat naik sebuah hantaran video boomerang dua hari lalu di IGnya, ramai netizen menyerang ruangan komen Syafie sambil mempersoalkan punca dia mengambil tindakan sedemikian.
Malah, tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai dayus.
“Kalau betul dia yang belasah ex tunang, memang dayus. Tak ada hak nak pukul perempuan,” komen seorang netizen.
“Aku datang sebab nak baca komen. Seriuslah dia ni g**?” tanya seorang netizen.
“Oh nooo, why? I hope it’s not true because I have so much respect for you,” komen seorang netizen lagi.
“Aku rasa salah faham ni. Aku bukan nak backup mana-mana tapi maybe Syafie tak boleh control bila kena label camtu dengan tunang sendiri. Aishah pun sebab sayang, dia takut Syafie terjebak dengan benda tak elok,” kata seorang netizen mempertahankan pasangan itu.
“Kalau betul kamu g**, kembalilah ke pangkal jalan. Tinggalkan dunia songsang yang melalaikan. Semoga diberi hidayah,” ujar seorang netizen lagi memberikan nasihat.
Ada juga netizen yang mahu mencari kebenaran agar kedua-dua nama pelakon ini bersih daripada sebarang tuduhan.
Syafie menerusi laporan Gempak bertarikh 23 Julai menegaskan dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kerana merasakan dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskannya.
Malah kata Syafie lagi, keputusan ini diambil bukan kerana sesiapa, tetapi atas persetujuan bersama.
Terdahulu Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.
Azwa Rahman
Mon Jul 29 2019
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.