Pelakon Sharifah Sakinah ditegur supaya berpakaian lebih sopan selepas didakwa pakaiannya seperti berbogel oleh seorang warganet.

Sakinah yang tidak berdiam diri menjelaskan dia kini sudah mula berubah perlahan-lahan supaya lebih berpakaian sopan.

“Salam, just nak tegur tutuplah aurat. Kalau ya tak boleh pakai tudung, janganlah berpakaian seperti telanjang,” tegur seorang warganet yang telah menghantar mesej peribadi (DM) ke akaun Instagram miliknya.

Sakinah membalas secara berseloroh dia kini sudah mula memakai pakaian yang lebih menutup kerana dia mengakui sebelum ini dia berpakaian seperti berbogel.

“Dah berubah sedikit-sedikit. Asalnya telanjang, ni dah tutup sedikit dengan skirt dan singlet. Ada progress kan?” balas Sakinah.

Sakinah berkongsi paparan skrin perbualannya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kapsyennya seolah-olah meminta agar mendoakan yang terbaik buatnya.

“Keep on praying,” tulisnya di dalam bentuk tanda pagar.

Bagaimanapun rata-rata pengikutnya merasakan Sakinah tidak sesuai menjawab begitu dan mendakwa pelakon tersebut tidak sepatutnya memuat naik perbualan dari DM kerana ia privasi warganet berkenaan.

Pun begitu terdapat juga peminatnya yang menyokong jawapan yang diberikan kepada warganet tersebut.

#keeponpraying ? ?

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on