Gara-gara sering memuat naik video di laman sosial, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi bahan usikan netizen menerusi #SyedSaddiqChallenge.

Menerusi laman sosial Twitter, video hasil perkongsian Ahli Parlimen Muar itu mula menjadi bualan netizen kerana aksi Syed Saddiq yang mencuit hati.

Dengan video yang diambil dari jarak dekat dan memulakan ayatnya dengan salam pengenalan dalam tiga bahasa, wargamaya mula menyahut cabaran tersebut. merakamkan versi mereka tersendiri.

“Assalamualaikum, vanakam, da jia hao,” ujar Syed Saddiq sebagai salam pengenalan dalam setiap videonya.

Hasil tinjauan Gempak menerusi #SyedSaddiqChallenge, rata-rata netizen mula merakamkan versi tersendri dan memuat naik video mereka.

Biarpun hanya untuk tujuan gurauan, ada yang turut merasa kurang senang dengan #SyedSaddiqChallenge yang merasakan cabaran itu seperti memperlekeh dan tidak menghormati seorang menteri.

“Aku tak faham kenapa perlu #SyedSaddiqChallenge not funny at all. Lebih kepada mempersendakan, dia beria mengangkat anak muda kita, tapi yang anak muda pulak mempersendakan dia,” ujar seorang netizen.

“Kurang ajar la hampa yang buat #SyedSaddiqChallenge ni. Kalau tak menganjing orang, tak boleh ke?” tanya seorang netizen.

“Instead of #SyedSaddiqChallenge video, you guys should stand with him to fight for youth. Demanding for Living wage, job opportunities, but the only thing you guys can do is being sarcastic about his close up video and 'S'. Syed Saddiq, you earn my respect. #respectsyedsaddiq,” ujar seorang netizen.

“Hoi, who started this #SyedSaddiqChallenge la? Lawak pulak aku tengok semua video. The way of pronunciation in some videos looks like teasing although it's not the intention,” tegur seorang netizen lagi.

Salah satu video #SyedSaddiqChallenge sehingga kini telah mendapat hampir 160,000 tontonan dan 3,000 ulang kicau daripada warga Twitter.