Kisah mengenai poligami pendakwah bebas Da'i Farhan masih belum berkesudahan.

BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8

BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara


Terbaharu, Farhan tampil menjawab pertanyaan segelintir pihak tentang keputusannya untuk memadukan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil.

Jelas Farhan, setiap yang berlaku kerana qada' dan qadar.

"Jawapan bagi mereka yang tanya kenapa nikah semasa isteri sedang mengandung?

"Bermuhasabahlah kalian, peganglah pada keimanan qada' & qadar. Apabila Allah dah tetapkan kita mati atau nikah pada tarikh itu, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalangnya.

"Yakin dengan apa yang Allah dah tulis bagi kita di Luth Mahfuz sejak azali, lagi-lagi yang berkait dengan jodoh," kata Farhan.

Farhan turut mendedahkan dia sepatutnya berkahwin dengan isteri keduanya pada 12 Mac tahun hadapan sempena ulangtahun kelahirannya.

"Perancangan berkahwin dengan isteri kedua pada 21 Mac 2020 sempena ulangtahun kelahiran saya, tapi Allah menentukan yang sebaliknya.

"Yakinlah semua, ketentuan Allah yang paling terbaik," tambahnya.

Bagaimanapun, Farhan menutup ruangan komen pada entri yang dimuat naik semalam.

~ Satu tazkirah & jawapan bagi mereka yg tanya knp nikah semasa isteri sedang mengandung ?..bermuhasabahlah kalian, peganglah pd keimanan Qada' & Qadar..bila Allah dah tetapkan kita mati pd tarikh itu, Allah dah tetapkan kita Nikah pd tarikh itu, maka tiada siapa lagi yg dapat menghalangnya..yakin dgn apa yg Allah dh tulis bagi kita di Luth Mahfuz sejak azali, lagi2 yg berkait dgn Jodoh..seperti yg sudah viral dlm video keluaran @mstaronlineofficial , ustaz plan berkahwin dgn isteri ke-2 pd 21/3/2020 sempena Ulangtahun kelahiran ustaz, tapi Allah menentukan yg sebaliknya..yakinlah semua, ketentuan Allah yg paling terbaik..siiru ala barakatillah ~ #daifarhantv3 #sebuahpencerahan

A post shared by Da'i Farhan (Official) (@daifarhan) on


Nama Farhan masih tular disebut-sebut netizen di media sosial apabila mendedahkan pernah didekati oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua.

Terdahulu, pendedahan Farhan menikahi janda anak lapan di Makkah beberapa hari lalu mendapat kecaman ramai apabila didakwa perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.

Pendedahan demi pendedahan dibuat daripada pelbagai pihak termasuk isteri pertama Farhan, Fatin.

BACA: Da’i Farhan Buat Laporan Polis Dan Bakal Saman Pemfitnah