Selepas dialog '18 kali tolak dan kali ke-19 terima’ tular serta menjadi bahan jenaka dan sarkastik netizen, timbul pula dakwaan Da’i Farhan telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang sarat hamil anak kedua.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil menerusi akaun Facebook miliknya.

Asiah dalam entri tersebut mendakwa sudah mendengar rakaman suara Farhan yang menceraikan isteri pertamanya dan ia dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Peguam terbabit menulis, Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil, dengan talak satu.

Menurutnya, alasan perceraian ialah kerana Fatin nusyuz dan memfitnah suami.



BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8

BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara

BACA: "Allah Dah Tetapkan Kita Nikah Tarikh Itu" - Da'i Farhan Jawab Sebab Madukan Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil


Pada 22 November lalu Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Farhan.

Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

Difahamkan Farhan kini berada di China bersama isteri keduanya.

Beberapa hari lalu, Farhan telah membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan saman kepada kawan baik isterinya yang didakwa memfitnah dirinya.

Nama Farhan masih tular disebut-sebut netizen di media sosial apabila dia mendedahkan pernah didekati oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya.

Terdahulu, pendedahan Farhan menikahi janda anak lapan di Makkah beberapa hari lalu mendapat kecaman ramai apabila timbul dakwaan perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.

Pendedahan demi pendedahan dibuat daripada pelbagai pihak termasuk isteri pertama Farhan, Fatin.