Personaliti media sosial dan cucu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ally Mukriz selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya, Ezran Daud Cheah.

Menerusi laman sosial Instagram, Ally berkongsi beberapa foto perkahwinan untuk tatapan umum.

Professional photos to come, but for now, some BTS shots from #ForeverAllEz! Presenting Mr. And Mrs. Cheah ?♥️

A post shared by Meera Alyanna Mukhriz ? (@ally.mukhriz) on

“Mempersembahkan Mr dan Mrs Cheah,” tulis Ally ringkas di ruangan kapsyen.

Ally atau nama sebenarnya Meera Alyanna Mukhriz memilih teman baik yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu sebagai pasangan hidup.

Pada majlis yang diadakan di ibu negara itu, Ally yang merupakan anak kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tampil elegan dalam persalinan putih renda serta mengenakan rantai berlian rubi serba mewah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh politik serta sosialit terkenal.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya mengirimkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Terdahulu, Ally dan Ezran melangsungkan pertunangan pada 20 April 2019.