Pelakon Ammar Alfian meluahkan rasa kecewa dengan tindakan isterinya yang percaya dengan penyebaran berita video intim yang disifatkan sebagai palsu mengaitkan dirinya.

Lebih menyedihkan lagi, menurut Ammar atau nama sebenarnya, Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 33, ekoran berita tersebut dia dikatakan tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya.

"Saya tidak kisah kalau semua orang di dunia ini menentang saya dan tidak percayakan saya.

"Namun, apabila isteri saya sendiri percaya dengan berita palsu itu dan saya tidak boleh berjumpa dengan anak lelaki saya lagi, ia benar-benar membuatkan saya kecewa," tulisnya.



Luahan itu dikongsikan Ammar menerusi satu entri yang dimuat naik di ruangan Instagram Story miliknya.

Dalam posting berasingan, Ammar turut melabelkan mana-mana individu yang percaya dengan penyebaran berita palsu sebagai 'kambing'.

When u already know its fake news tryna bring u down, but u play along with it?? sound on?people who believe in rumours and fake news should be called sheeps.?? #sedaptuduhnantijatuh #fitnahberleluasa #fakenews #reportertakdaetika #kambingmakinbanyak

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on


Terdahulu, media melaporkan mengenai penularan sebuah video mirip seorang pelakon yang sedang melakukan hubungan intim dengan pasangan sejenis di laman sosial.

Seorang pelakon kemudian dikatakan membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor semalam.

BACA: Video Aksi Intim Hubungan Sejenis Mirip Seorang Pelakon Lelaki Tular

Bagaimanapun, dalam laporan itu tidak menyebut langsung sebarang nama atau mengaitkan mana-mana individu.

Terdahulu, Ammar mendirikan rumah tangga dengan Nelissa Nezam pada 6 Mac 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Kyro Shakur pada 31 Julai 2019.

Sebelum ini, kisah pergolakan rumah tangga pasangan itu juga pernah menjadi perhatian apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.

BACA: "Tak Tinggal Serumah, Tapi Belum Bercerai" - Isteri Ammar Alfian Dedah Situasi Genting Perkahwinan