Pendakwah Da'i Wan Dazrin kini bergelar seorang bapa selepas isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan isterinya, Syahirah Zamzari menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Alhamdulillah...terima kasih kepada semua yang mendoakan.. puteri kami selamat dilahirkan 0200, 27/2/2020," tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi posting tersebut, Syahirah turut berkongsi gambar tangan anak sulung mereka tanpa mendedahkan wajahnya lagi.

Alhamdulillah...terima kasih kepada semua yang mendoakan.. puteri kami selamat dilahirkan 0200 , 27/2/2020☺️

A post shared by Syahirah binti mohd zamzari (@syahirah_zamzari) on


Terdahulu, Da'i Wan turut berkongsi pengalamannya ketika menemani isterinya yang sedang menahan sakit contraction.

Katanya, dia hampir mengalirkan air mata melihat keadaan isterinya, Syahirah Zamzari yang terketar-ketar menahan sakit contraction.

"Hampir mengalir air mata ini melihat @syahirah_zamzari menahan sakitnya ‘contraction’.

"Syahirah kelihatan terketar-ketar badannya menahan ‘contraction’. Sememangnya ia menyakitkan. Tidak langsung boleh dinafikan. Saya yang melihat rasa tidak tertanggung sanggupnya lagi," luahnya menerusi satu entri di Instagram.

Ya Allah, hanya pada Engkau aku berserah. Hampir mengalir air mata ini melihat @syahirah_zamzari menahan sakitnya ‘Contraction’. Ya Allah, permudahkanlah untuknya, permudahkanlah untuk kami berdua, permudahkanlah kelahiran cahaya mata kami di dunia ini. Saatnya mungkin telah tiba, dan dari sini ku serahkan segala harapan & kebergantunganku pada Engkau. Saya dengan penuh rendah diri memohon agar semua yang mengenali kami. Pada saat ini, bersama dengan saya mendoakan agar semuanya berjalan lancar. Bukaan sudah 3cm. Dinding rahim sudah menipis. Contraction setiap 3-4 minit. Syahirah kelihatan bergetar2 badannya menahan ‘Contraction’. Sememangnya ia menyakitkan. Tidak lansung boleh dinafikan. Saya yg melihat rasa tidak tertanggung sanggupnya lagi. Ya Allah..

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on


Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Mac 2018.

Sebelum ini, Syahirah pernah mendedahkan bahawa dia menunggu selama lapan tahun sebelum berjaya memenangi hati suaminya itu.

Selama 8 tahun sebenarnya menunggu Ust ni. Pernah tergantung tak bertali sebab tidak diberi jawapan nak terima saya ataupun tak. Saya tetap sabar tunggu.☺️ Sebab ada sesuatu kekuatan dalam diri saya yang mungkin datang dari doa yang selalu saya amalkan, yang juga di ajar oleh Ust ni. ‘Ya Allah, jika dia baik utkku. Maka engkau dekatkanlah dia padaku. Jika dia tidak baik utkku. Maka kau jauhkanlah dia drpd ku.’ Ternyata lepas baca doa ni. Hati saya makin rasa kuat untuk bertawakkal pada Allah swt walaupun Ust tidak pernah menyahut lamaran saya dari awal. Selama saya cuba untuk mendekati Ust ni. Dia memang sombong. Bercakap pun macam nak tak nak dgn saya. . . Pada akhirnya, dia suruh saya berurusan dgn ibunya sahaja. Sakit jugak hati ni mula2.? Tapi sebab entah, dlm hati ni kuat teringin utk menangi cinta dia. Sbb saya jenis kalau dicabar, saya akn lg kuat berjuang.? Nah, akhirnya. Ust ni ada dlm genggaman saya dgn izin Allah swt. Video di atas, tadi Ust baru kongsikan. Ya, memang saya menyayangi dia, segalanya tentang dia. Itu, tiada penafian lansung dari hati ini. Sbb itu saya sanggup tunggu dia 8 tahun lamanya. Nantikan kisah kami ini dengan lebih panjang dlm buku terbaru kami berdua pada tahun 2020 ni. Harap semua dapat besabar menantikannya. . . Kita doa moga Ust dpt hasilkan yg terbaik. Sbb saya sibuk berkhidmat di hospital skrg ni. Kdg2 shj dpt waktu free mcm ni. Semoga dipermudahkan utk mu @wandazrin sygku. Tulislah cerita kita agar yg lain dapat pengajaran & pelajaran utk panduan hidup mereka.?❤️

A post shared by Syahirah binti mohd zamzari (@syahirah_zamzari) on