Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memberi pesanan kepada warganet supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh memalukan dirinya.

Pesanan tersebut dibuat Aliff Syukri menerusi ruangan Instastory di laman sosial Instagram (IG)nya petang semalam (Selasa).

Alif berkata dia juga tidak akan menjawab segala tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya termasuk komen warganet.

“Jangan memberi sebarang spekulasi yang tidak betul, yang boleh memalukan saya dan saya tidak akan menjawab segala tohmahan dan juga komen anda kerana benda ini belum selesai lagi,” katanya.

Menurut Aliff kes yang dikaitkan dengan dirinya itu masih belum selesai dan akan memaklumkan mengenainya selepas ia tamat.

“Saya dalam keadaan tersepit, saya harap anda kat luar sana tunggu penjelasan daripada saya. Sekian terima kasih,” katanya mengakhiri rakaman video.

Aliff sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis berhubung dakwaan mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun.