Pelakon Aeril Zafril mencuri perhatian wargamaya apabila mahu membatalkan percutian yang dirancang bersama keluarga ke negara Eropah.

Menerusi laman sosial Instagram, Aeril berkongsi dilema yang dihadapinya gara-gara pihak agensi pelancongan tetap mahu membatalkan trip tersebut.

“Saya, isteri dan team sepatutnya pergi ke Eropah Ahad ni tapi pihak agensi kata tak boleh tunda atau dapat pulangan wang balik sebab kami pergi dalam kumpulan.

“Jadi kena pergi jugak, airline tak bagi tukar tarikh katanya. Menang tak boleh tukar tarikh ke? Macam mana ya? Kalau tak pergi pulak, mau kena burn dalam 150,000,” tulis Aeril menerusi ruangan kapsyen.

Mintak pandangan... Saya ,isteri and team sepatutnya pergi ke europe ahad ni.. Tapi pihak agensi kata tak boleh postpone or refund,sebab kami pergi by group . Jadi kena pergi jgak .airline tak bagi tukar date katanya. Memang tak boleh tukar date ke airline ni? cemana ya? Kalau tak pergi plak, mau kena burn almost 150k ???

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya menyokong tindakan Aeril dan isterinya pelakon Wawa Zainal untuk membatalkan lawatan ke negara Eropah.

Malah, ramai yang memberikan cadangan agar Aeril membuat perbincangan bersama agensi pelancongan tersebut untuk urusan penundaan ataupun mendapatkan wang bayaran kembali.

“Batalkan trip tu, untuk kesejahteraan negara dan keluarga,” sokong seorang wargamaya.

“Sebahagian daripada negara Eropah dah ada perintah berkurung. Di Itali sahaja dan ada banyak kematian dalam masa 24 jam. Tolong jangan pergi,” kata seorang wargamaya.

“Cuba la bincang dengan agensi pelancongan tu mana tau boleh tunda. Memang la orang kata kesihatan lebih penting tapi ada tak sesiapa tahu macam mana sakitnya jugak nak cari dan kumpul duit sebanyak tu,” ujar seorang wargamaya.

“Kesihatan lagi mahal daripada duit 150,000 yang burn tu. Jangan bahayakan nyawa,” komen seorang wargamaya.

“Untuk keselamatan, jangan pergi. Duit boleh cari nyawa satu je,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini entri tersebut telah menerima hampir 1,100 komen daripada wargamaya.