Pelakon Ruhainies mendedahkan kepada umum berat badannya yang hanya sekadar 38.7 kilogram sahaja.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 28, berkata, dia mengakui dirinya mengalami masalah kurang berat badan sejak dulu lagi.

"Saya selalu sangat dapat soalan (tanya berat badan) macam ini namun saya enggan jawab sebaba saya tak suka.

"Tapi tak apalah, saya jawab je, berat saya ialah 38.7 kg," dedahnya menerusi satu video yang dikongsikan di ruangan Instagram Story miliknya.



Ruhainies memberikan respons sedemikian sebagai menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram yang mahu mengetahui berat badannya.

"Underweight, saya tahu..saya tahu.." tulisnya lagi.

Sebelum ini, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu pernah mendedahkan bahawa dia tidak pernah mengawal diet pemakanannya.

Ini kerana, katanya, berat badannya memang sukar bertambah walaupun dia sudah makan dengan banyak.

BACA: "Saya Tak Pernah Diet & Tak Tahu Apa Itu Erti ....." - Ruhainies

Dalam pada itu, jangan lupa, saksikan drama lakonan Ruhainies di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.