Pelawak Jibob yang juga anggota kumpulan OnxOn dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, kini berada dalam keadaan separa sedar.

Perkembangan terkini tersebut dikhabarkan teman Jibob, iaitu Che Mat kepada Gempak ketika dihubungi pada pagi Sabtu.

Che Mat berkata, Jibob juga akan dipindahkan ke Hospital Serdang untuk pemantauan dan rawatan, namun jika tiada kekosongan mungkin akan dibawa pulang ke rumah.

“Sehingga semalam keadaan dia masih separa sedar dan berada di wad Unit Rawatan Rapi untuk rawatan dan pemantauan.

“Bagaimanapun, doktor ada memaklumkan untuk memindahkan Jibob ke Hospital Serdang, tapi kalau tak ada kekosongan dia terpaksa di bawa pulang ke rumah,” katanya.

Semalam, Che Mat dan Amir Raja Lawak telah memuat naik sebuah video di laman sosial Instagram masing-masing memohon bantuan dalam bentuk wang ringgit untuk membantu Jibob.

“Tujuan video tersebut dibuat adalah untuk membantu sahabat kami. Dalam keadaan sekarang, jika dia dibawa pulang ke rumah pastinya akan menelan belanja yang banyak.

“Banyak yang perlu disediakan seperti susu, katil, peralatan perubatan dan benda-benda asas lain.

“Apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada persatuan Seniman dan orang ramai yang telah memberi sumbangan.

“Kami juga merancang untuk mengadakan perlawanan bola sepak amal pasukan ‘Toq FC’ untuk membantu Jibob,” katanya.

Bercakap mengenai keadaan Jibob, Che Mat berkata, sahabatnya itu masih menggunakan bantuan oksigen dan bahagian lehernya ditebuk untuk tujuan pernafasan.

"Khamis lepas saya pergi menziarah Jibob...Sedih saya tengok keadaan dia. Saya panggil nama, dia sedar, dia buka mata dalam 20 saat dan tutup kembali.

"Saya sangat mengharapkan agar Jibob kembali sembuh. Doakan Jibob ya semua," katanya sebak.

Jibob tau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim, 33, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya akibat angin ahmar sekitar jam 1 pagi pada 5 Mac lalu.

Dia kemudiannya disahkan mengalami pendarahan dalam otak dan telah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala.

Bagi mereka yang ingin membantu dan meringankan urusan keluarga Jibob, bolehlah menghulur sumbangan atas nama isterinya, Siti Aisyah Wahiddin menerusi akaun 1143 0207 5393 (Maybank).

#Repost @amirrajalawak (@get_repost) ・・・ Assalamualaikum Kami sahabat-sahabat @jibob_official dgn rendah hati ingin memohon bantuan sumbangan dari anda semua Keadaan gbob kalau tgk mmg sedih dan x sampai hati kami nk ungkap kalau dibanding dgn keadaan masa dia sihat yg kami kenal Kt sini kami x boleh share gambar dia kt hospital sebab medical legal,tp mmg boleh menangis kalau tengok keadaan dia skrg Byk kos di perlukan,susu dia sahaja diperuntukkan rm50 sehari,belum masuk kos-kos lain lagi ? Sekarang dia masih kat HKL,dlm 2 3 hari lagi dah kena balik rumah dah walaupun belum sedar sepenuhnya Byk benda nk kena sediakan seperti katil,susu,transport,mandian dan lain-lain lagi In shaa Allah katil dan transport kami dh ikhtiar cara utk dapatkan,cuma kos-kos lain kami masih perlukan sumbangan wang dari anda semua Sy merayu tolonglah bantu yg mana mampu dan sedaya yang boleh bagi meringankan beban keluarga dia,sy tahu rakyat Malaysia memang prihatin dan baik hati ???? Akaun isteri gbob iaitu siti aisyah binti wahiddin 1143 0207 5393 (maybank) TOLONG MENTIONED KAWAN-KAWAN LAIN DAN ORANG YG ANDA RASA MAMPU MEMBERI SUMBANGAN ?????? @amirrajalawak @achok_chilok #prayforgibob #OnXOnMLM2019 #MaharajaLawakMega2019 #onxon

A post shared by RahmatSaidin (@chemat_rajalawak) on