Usahawan muda terkenal Cik B mencuri perhatian wargamaya apabila membuat satu video ‘prank’ untuk mengusik bapanya.

Menerusi laman sosial Twitter, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memuat naik video jenaka tersebut untuk tatapan umum.

Apa yang menariknya, umum mengetahui bahawa Cik B tidak mempunyai bapa selepas ibunya Dato Seri Vida telah bercerai dengan bekas suami Fairuz Ahmad Zainuddin pada tahun 2017.“Let’s go,” tulis Cik B ringkas sebagai kapyen kepada video berdurasi 15 saat tersebut.

Menerusi video itu lagi, Cik B dilihat berdiri di luar pintu bilik untuk mengejutkan ayahnya namun menyedari yang dia tidak mempunyai bapa.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi Cik B.

“HAHAHAHAA, tu aku pelik bila masa Cik B ada ayah,” tulis seorang wargamaya.



“Sekarang ni aku yang kene prank! Ingatkan Cik B ada ayah baru hahaha,” usik seorang wargamaya.

“Tak tahu la nak nangis ke nak gelak Cik B,” kata seorang wargamaya.

“Nak gelak pun serba salah hmmm,” kata seorang wargamaya.

“Cik B… ni baru hari ke 5 kuarantin Cik B,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan dan 27,000 ulang kicau daripada warga Twitter.