Pelakon Korea yang popular menerusi drama Kingdom, Joo Ji Hoon berharap wabak COVID-19 dapat dihapuskan.

Menurut Ji Hoon, sebagai seorang anak dia berasa risau dengan keadaan ibu bapanya.

“Ibu bapa dan juga keluarga saya kini berdepan dengan masalah untuk mencari mask disebabkan wabak pandemik ini.

“Selain itu, wabak ini juga memberikan kepada masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya menaiki kereta sekiranya mempunyai urusan.

“Tetapi kebanyakan mereka yang tidak mempunyai pilihan terpaksa menaiki memilih pengangkutan awam walaupun pada ketika ini bukan waktu sesuai untuk berada di tempat yang ramai orang.

“Situasi ini sangat mengecewakan. Bagi orang dewasa memang boleh untuk mengawal tindakan atau kurangkan bersiar-siar tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak?

“Lebih-lebih lagi apabila melihat cuaca yang sangat baik. Apabila melihat mereka yang sudah berkeluarga membuatkan saya sangat-sangat berharap wabak ini dapat dihapuskan dengan lebih cepat.

“Disebabkan perkara itu juga, saya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar situasi kembali pulih seperti sedia kala,” ujarnya dalam satu temu bual.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Soompi