Pelakon Yatt Hamzah menyelar tindakan segelintir individu yang menjadikan laman sesawang pornografi sebagai medium untuk menghilangkan rasa bosan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas Yatt, perkara itu boleh mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

"Cukuplah dengan musibah yang ada ni. Jangan ditambahkan lagi. Bertaubatlah!

"Allah bagi ujian wabak Covid 19 ini untuk kita berfikir dan mendekatkan diri pada Allah. Bermuhasabah dan memperbaikkan diri. Bukan denga berbuat maksiaat menambah laknat dan kemurkaan Allah.

"Ketahuilah, hukumnya haram, kerana melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan jimak.

"Melihat aurat orang lain akan menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati.

"Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyuk atau pikun.

"Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu akan lebih besar kesannya jika dengan sengaja melihat aurat orang lain secara telanjang bulat seperti dalam blue film.

"Bukan itu sahaja, melihat kemaluan seperti zakar, faraj, dubur akan melemahkan IQ dan daya ingatan seseorang.

"Dalam kitab-kitab lama pondok ada menyebutkan di antara sebab ingatan lemah ialah melihat kemaluan tak kira kemaluan sendiri atau orang lain," tulis Yatt panjang lebar.



Yatt memberikan reaksi terhadap laporan terbaharu mengenai peningkatan jumlah trafik pelayar laman web pornografi dari Malaysia sepanjang tempoh PKP.

Dalam pada itu, Yatt turut menyeru golongan selebriti untuk lebih menjaga aurat dan elakkan memuat naik foto yang menaikkan syahwat.

"Hentikan pornografi, begitu juga selebriti, instafamous dan sesiapa sahaja yang selalu posting video dan gambar seksi, lucah dan menggiurkan juga benda pelik yang tiada manfaat demi likes dan kepentingan peribadi kalian.

"Hentikan dosa-dosa mengundang bencana, dan akibatnya ditangggung oleh semua termasuk yg tak bersalah," tambahnya.

Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!