Pelawak Shuib Sepahtu tampil meleraikan salah faham netizen terhadap Black, Tomok dan Achey berkenaan bantuan kerajaan kepada penggiat seni.

Menurut Shuib, mereka masih mampu untuk meminta bantuan kerajaan.

BACA: “Kami Mewakili Penggiat Seni Yang…”- Achey Pertahankan Hak Anak Seni

Kata Shuib, apa yang mereka pertahankan adalah penggiat anak seni lain yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Saya mahu meleraikan salah faham semua mengenai Black, Tomok dan Achey yang mohon kerajaan mewujudkan bantuan khas bagi golongan artis.

“Ramai netizen tak puas hati dan menghentam. Sebenarnya mereka mahu memperjuangkan golongan penggiat seni yang terjejas, inilah masanya membantu sesama artis,” katanya.

Shuib berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Shuib juga meminta netizen supaya tidak mempertikaikan sumbangan yang mereka berikan bagi membantu penggiat seni lain.

“Kami ada membantu, tetapi tidak dihebohkan. Mereka sebenarnya membuat kenyataan mewakili artis veteran dan penggiat seni seperti pengarah, penulis skrip, jurusolek dan kru produksi yang terjejas,” katanya lagi.

Shuib juga menjelaskan persoalan netizen tentang sumbangan penggiat seni kepada negara.

“Ada yang mempersoalkan, apa sumbangan golongan penggiat seni kepada negara hingga kerajaan perlu mengeluarkan bantuan khas membantu mereka.

“Sebelum ni, artislah yang menghiburkan korang. Takkan tiada sedikitpun jasa penyanyi, pelakon dan pelawak yang boleh dikenang?

"Begitu juga sumbangan pengarah dan penulis skrip dalam menghasilkan produk drama dan filem untuk tontonan masyarakat,” katanya.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on