Ahli kumpulan K-Clique, Tuju didakwa telah memukul teman wanitanya yang juga seorang penyanyi, Loca B.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh Loca di Instagram Stories miliknya dengan menunjukkan kecederaan yang dialami di bahagian tangannya.



"Aku diam. Aku senyum. Aku sayang. Bergelut melayan kerenah kau memaki dan merendahkan aku tiap kali kau hilang akal pemikiran tidak betul.

"Walau macam mana buruk aku dia tetap terima aku. Walau macam mana jahat aku dia orang yang sentiasa belakang aku," tulis Loca.



Selang beberapa minit, Loca bertindak memadam semua video namun telah viral dan menjadi bualan ramai di laman Twitter.

"Kalau betul ah Tuju K-Clique pukul Loca B. Fuh kau memang sampah bro," tulis salah seorang pengikut.

Menerusi pemerhatian Gempak, Loca tampil mempertahankan Tuju selepas dilabel seorang kaki pukul.

"I took down the posts. Aku ada hak untuk bersuara. I did not take it down because I said something wrong.

"Its because orang mula guna perkataan kaki pukul.

"Lebam sebab kami bergelut dalam kereta. He kept pulling me into the car. Aku pun jadi kasar dengan dia sebab aku tak tahan masa tu.

"Gigit tu dia kata sebab dia takut naik flying fox, dia melekat dengan Yusif. Bila kat atas tu dia panic dan tergigit. Tapi dia macam nak sorok benda tu awal-awal.

"Dan selama ni memang dia panas baran macam genggam tangan sampai lebam, cekik pernah, ugut pernah, kena heret pernah. Baru-baru ni berubah tapi verbal abuse pula.

"Aku bukan cakap dia tak 'abusive'. Tapi dia bukan kaki pukul," tulisnya lagi.