Personaiti media sosial Khairul Aming telah kehilangan bapa tersayang semalam.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri Khairul menerusi muat naik terbaru di akaun Instagram miliknya.

Menurut Khairul, walaupun sedih dengan pemergian bapa namun mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi.

“Semalam ayahku pergi dengan tenang meninggalkan kami sekeluarga. Pedih tu tak boleh nak cakap macam mana.

“Kehilangan ayah tu satu benda yang aku tak sanggup nak fikir akan jadi dalam hidup aku. Tapi kami sekeluarga redha... Yang penting dia dah tak sakit lagi.

“Aku mintak maaf sebab selalu menghilang tak ada video kebelakangan ni. Aku guna masa yang ada untuk betull-betul jaga dia waktu dia sakit.

“Diharapkan arwah abah tenang di sana. Adik akan jaga family kita elok-elok. Love you abah. Al-fatihah,” tulisnya.

Semalam ayahku pergi dengan tenang meninggalkan kami sekeluarga. Pedih tu tak boleh nak cakap macam mana. Kehilangan ayah tu satu benda yang aku tak sanggup nak fikir akan jadi dalam hidup aku. Tapi kami sekeluarga redha..yang penting dia dah tak sakit lagi. Aku mintak maaf sebab selalu menghilang takde video kebelakangan ni. Aku guna masa yang ada untuk betul2 jaga dia waktu dia sakit. Diharapkan arwah abah tenang di sana. Adik akan jaga family kita elok2. Love you abah. Al-fatihah.

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan takziah kepada Khairul.

“Takziah @khairulaming… Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman… Amin,” doa @nina_abdullah85

“Takziah @khairulaming ... Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman... Aminnnn,” komen @aliyazwaperfume

Terdahulu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, merupakan antara Instafamous popular paling digemari netizen kerana sikapnya yang peramah serta lawak yang bersahaja ketika melakukan video masakan.