Persatuan Seniman Malaysia telah membuat laporan polis melalui wakilnya terhadap seorang artis yang membuat video hasutan dan kecaman terhadap industri seni malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Seniman menerusi akaun rasmi Instagram persatuan itu pada Selasa.

"Melalui video berkenaan artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu.

"Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam perintah kawalan pegerakan (PKP) telah menjadi teruk dan di pandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan.

"Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu.

"Dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner untuk menghapuskan Covid-19 dari menghasut masyarakat untuk membuat perkara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam," tulis kenyataan tersebut.

INFO TERKINI : Pihak SENIMAN telah membuat laporan polis melalui wakilnya terhadap seorang artis yang membuat video hasutan dan kencaman terhadap industri seni malaysia. Melalui video berkenaan artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu. Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam perintah kawalan pegerakan (pkp) telah menjadi teruk dan di pandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan. Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan suruhanjaya multimedia malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu supaya dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner utk menghapuskan covid 19 dari menghasut masyarakat untuk membuat pekara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam. Terima kasih.

A post shared by Persatuan Seniman Malaysia (@persatuansenimanmalaysia) on


Terdahulu, kecoh apabila seorang pelakon wanita tampil secara terbuka menempelak golongan selebriti yang mengulas isu bantuan kerajaan kepada artis sejak minggu lalu.

Kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk mengurangi kesempitan hidup rakyat, membantu perniagaan dan melestarikan ekonomi ekoran lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sehubungan itu, ada segelintir artis yang bersuara dan mencadangkan agar bantuan turut disalurkan kepada golongan artis yang memerlukan.