Aktor Bollywood terkenal, Arjun Rampal meminta warganet menterjemahkan dialog yang dituturkan pengacara Zulin Aziz menerusi sebuah video yang disunting bersamanya.

Biarpun tidak memahami isi kandungannya, kata Arjun, video tersebut kelihatan seperti sebuah video yang mencuit hati.

"Can you translate. It seems funny, lol stay safe (Boleh ke awak terjemahkannya, ia kelihatan lucu)," tulis Arjun menerusi satu entri di akaun Twitternya yang mempunyai lebih 4.4 juta pengikut itu.



Terdahulu, Zulin menyunting sedutan video daripada salah satu karya lakonan Arjun sebelum berkongsinya di Twitter.

Dalam video yang menggunakan percakapan dalam bahasa Melayu itu, Zulin menyifatkan Arjun sebagai suaminya.

"Perkenalkan.. inilah suami saya. Dia seorang polis yang berjuang untuk negara sewaktu Covid-19 ni. Jangan sampai suami saya tangkap kamu orang! #stayathome," katanya.



Video yang diretweet lebih 3,000 kali oleh warganet itu kemudian mendapat respons Arjun.

Sementara itu, Zulin menerusi satu entri terbarunya di Instagram meluahkan rasa teruja selepas video tersebut mendapat perhatian aktor pujaannya.

"Kan dah beritahu... suami saya tak paham sangat Melayu..Awwww dia suruh translate guys.

"Aku boleh tidur senyum macam ni @rampal72," tulisnya diruangan kapsyen.

Kan dah bgtau .. suami saya tak paham sgt melayu . Awwww dia suruh translate guys? Aku boleh tidor senyum mcmni @rampal72 ?

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on


Apapun, jangan lupa saksikan program yang pernah menampilkan Zulin Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.