Pelakon Mawar Rashid meraikan ulang tahun ke-25 dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi laman sosial Instagram, Mawar berkongsi sebuah video tarian TikTok bagi meraikan ulang tahunnya untuk tatapan umum.

“Stay safe at home, it’s my birthday,” tulis Mawar sebagai kapsyen.

Stay safe at home and it’s my birthday ❤️?❤️ #adidasMY @mawarosehq

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Lebih istimewa, Mawar turut berkongsi momen memotong kek di rumah bersama suami dan ahli keluarga.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan ucapan ulang tahun kepada bekas peserta Dewi Remaja ini.

“Happy birthday Mekwa! Semoga dirahmati Allah selalu,” komen seroang wargamaya.

“Selamat ulang tahun gorgeous. Semoga murah rezeki dan bahagia selalu,” doa seorang wargamaya.



“Happy birthday kak Mawar. Stay pretty!” kata seorang wargamaya lagi.

Untuk rekod, Mawar dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Raden Mohammed Rafael yang kini berusia satu tahun.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 9 dan Raysaa, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.