Petisyen untuk menggugurkan usahawan Vivy Yusof daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dipadamkan.

Perkara tersebut diumumkan pengguna laman sosial dikenali sebagai Mazril Mazlan yang juga pelancar petisyen, menerusi sebuah kemaskini semalam (Ahad).

Menerusi kemaskini tersebut Mazlan berkata dia membuat keputusan untuk memadam petisyen tersebut kerana petisyen tersebut telah mencapai target dan selesai.

Mazlan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong.



Terdahulu, warganet telah melancarkan petisyen sebagai tanda protes terhadap Vivy yang didakwa menghina golongan B40 dan M40.

Petisyen tersebut juga diwujudkan untuk mengajak orang ramai terutama golongan B40 dan M40 memboikot Vivy yang juga Pengasas Fashion Valet dan Duck Group.

Petisyen ‘Drop Datin Vivy Yusof as UITM board member & choose an alumni’ telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna laman sosial sejak ia dilancarkan.