Pelakon Amar Baharin mendedahkan dirinya tidak layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Mac lalu.

Menurut Amar, pemohonannya ditolak disebabkan pendapatan yang diperoleh melebihi kelayakan.



"Dah semak dah. Tak lulus pon. Sebab pendapatan pemohon atau pasangan melebihi kelayakan," tulisnya di Instagram (IG) miliknya semalam.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Amyra Rosli memilih untuk berkongsi rezeki kepada barisan hadapan negara (frontliners) dengan menyumbangkan topeng muka, sarung tangan dan 'sanitizer'.

"Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia. Dengan harapan sedikit buah tangan kami ni dapat meringankan beban hero-hro Malaysia yang berjuang 24/7 .

"Thank you to our frontliners for your sacrifices in the battle. #StaySafe #StayPositive #DudukRumah #Insya-Allah.

"Cepat kita putuskan rantaian ni, cepat kita dapat keluar mencari rezeki. Itu doa kami untuk semua," tulisnya lagi.

Dah check dah. Tak lulus pon. Sebab pendapatan pemohon / pasangan melebihi kelayakan. Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia. Dengan harapan sedikit buah tangan kami ni dpt meringankan beban hero2 Malaysia yg berjuang 24/7 . Thank you to our frontliners for your sacrifices in the battle . #StaySafe #StayPositive #DudukRumah #Insyaallah . Cepat kita putuskan rantaian ni, cepat kita dapat keluar mencari rezeki. Itu doa kami utk semua ❤️

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on


Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 3,662 orang dengan 61 rekod kematian setakat 5 April.

Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!