Saat bertunang sering dikaitkan dengan saat yang paling mencabar dalam satu-satu perhubungan. Namun, kalau dijaga dengan betul tentunya tiada masalah.

Begitu juga dengan pasangan yang sedang dalam fasa pertunangan, Nur Risteena dan Isa Khan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang untuk Risteena melakukan sesuatu yang istimewa buat Isa.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Risteena begitu teruja kerana Isa ingin merasai masakan air tangannya.



"Hari ni rasa happy dapat masak untuk Isa walaupun ktorang jauh tak dapat jumpa.

"So pagi-pagi dah pergi pasar, balik rumah terus masakkan untuk dia, then kirim guna grab. Nak makan air tangan dia cakap," tulis Risteena teruja.

Harini rasa happy dapat masak untuk @theisakhan walaupun ktorang jauh tak dapat jumpa :) . So pagi2 dah pergi pasar, balik rumah terus masakkan untuk dia, then kirim guna grab. Nak makan air tangan dia cakap? . @theisakhan puji betul tadi. So esok nak masak lagi lahhh ☺️ Hurm nak masak apa eh? ? . #stayathome #staysafe

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on


Apatah lagi masakan tersebut mendapat pujian daripada tunangannya itu, Risteena merancang untuk memasak lagi buat tunang tersayang.

Isa Khan dan Risteena bertunang pada 23 November tahun lalu selepas lima bulan saling mengenali antara satu sama lain.