Baru-baru ini viral sekeping gambar memaparkan seorang anggota polis sedang memakaikan topeng terhadap seorang warga emas.
Gambar berkenaan mula dimuat naik di Facebook Polis Daerah Ipoh, semalam.
"Pic of the day: Konstabel Mohamad Syahmin Anuar menyantuni seorang warga emas yang tidak memakai topeng muka semasa anggota tersebut membuat rondaan pemantauan di sekitar Kampung Rapat, Ipoh," katanya pengendali akaun tersebut.
Gambar menyayat hati itu sekali gus mendapat mendapat reaksi positif netizen yang memuji tindakan murni anggota berkenaan.
Menerusi Sinar Harian, polis tersebut iaitu Mohamad Syahmin berusia 25 tahun dan kini sedang bertugas di Balai Polis Kampung Rapat.
Menurut Syahmini, ketika sedang memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Pasar Awam Gunung Rapat, wanita berusia lingkungan 80-an itu ada memegang topeng muka, namun tidak memakainya.
"Saya nampak keadaan dirinya yang sudah uzur, tangan pun terketar-ketar, mungkin susah untuk dia memakai topeng muka dengan sendiri.
"Saya tawarkan diri untuk bantu memakaikan topeng dan dia mengangguk tanda mengizinkan sebelum mengucapkan terima kasih," katanya.
Tambahnya, dia juga sempat menasihatkan warga emas berkenaan mengenai kepentingan memakai topeng muka terutama apabila berada di tempat awam.
"Dia faham dan kerana itulah dia meminta saya bantu memakaikan topeng muka itu," katanya.
Hingga kini posting berkenaan telah menerima sebanyak 1,700 likes dan dikongsi hampir 400 kali.
Sumber: Facebook Polis Daerah Ipoh, Sinar Harian
Hanafis Haris
Thu Apr 09 2020
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan