Penyanyi dan pelakon Leez Rosli berdepan masalah serangan panik pada hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut suaminya yang juga vokalis Drama Band, Aepul Roza, Leez yang sebelum ini pernah berdepan masalah semput mengalami masalah ruangan pernafasan sempit buat pertama kali.

“Saya panggil adik datang rumah untuk jaga Alisha, lepas tu terus bawa Leez ke hospital. Mula-mula gementar sebab hospital swasta di Bandar Baru Bangi tak nak terima kami.

Outpatient je. Alhamdulillah. Panic attack/anxiety, doctor kata. Not to be taken lightly. Apa ni, sakit pun cantik. ?

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza) on


“Saya dukung Leez sampai bilik kecemasam dan pernafasan dia jadi makin pendek. Masa tu memang dah cemas tapi saya taknak bertekak dengan pihak mereka, saya terus drive sendiri ke hospital Serdang,” jelas Aepul menceritakan detik cemasnya kepada Gempak.

Tambah Aepul lagi, keadaan cemas dan sedih bertukar lega apabila doktor memberitahu Leez bebas daripada sebarang jangkitan virus.

“Doktor bagi drip tadi dan buat check up jantung dan darah. Negatif dari sebarang virus. Doktor diagnose Leez dengan serangan panik/keresahan dan dia dirawat selepas itu dibenarkan keluar.

“Saya down betul masa tunggu Leez sampai terpaksa duduk dalam kereta sebab rupa saya terlalu teruk.

“Tak pernah saya rasa macam begini sebelum ini. Rasa hilang separuh nyawa tadi,” ujarnya lagi.

Leez kini dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah.

Aepul berkahwin dengan Leez pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Safiyya Alisha yang kini berusia empat tahun.