Pendakwah bebas PU Abu Sufyan menjelaskan tujuannya memuat naik video bermain TikTok kerana ingin menyindir Kementerian Pengajian Tinggi.

Jelas PU Abu, kapsyen yang ditulis pada video berkenaan jelas ditujukan kepada pihak berkenaan.

"Sebelum baca caption posting video TikTok aku tu baca bismillah dulu.

"Caption itu lebih kepada memerli tindakan Menteri KPT (Kementerian Pengajian Tinggi). Cuba baca dan hadam dulu.

"Bab nickname dekat video TikTok tu aku malas nak edit sebab dia auto macam tu ikut aku punya e-mail Apple ID aku," jelasnya.

PU Abu memberitahu tujuannya memuat naik video TikTok semata-mata untuk tujuan hiburan.

"Aku pun buat suka-suka je, baru install dua hari lepas, nak happy-happy dengan familylah katakan.

"Mungkin aku post salah timing kot," katanya lagi.

Sehubungan itu, PU Abu memohon maaf kepada pengguna media sosial yang tersinggung dengan tindakannya bermain TikTok.

"Apapun aku minta maaf kepada rakyat Malaysia sebab bermain TikTok. Insya-Allah aku cuba tak main lagi. Sorry ye guys," tambahnya.

Sebelum ini, tindakan PU Abu memuatnaik video TikTok bersama adik-beradiknya menjadi kecaman netizen hingga ada yang meminta agar Abu menggugurkan gelaran 'Pencetus Ummah' yang diterimanya sebelum ini.

BACA: Video Tik Tok PU Abu Dikecam Netizen, "Aku Buat Ni Suka-Suka Je Jangan Salah Faham Pulak .."

Tular juga beberapa hari lalu pertandingan TikTok anjuran KPT yang mencetuskan rasa kurang senang netizen.

BACA: "Content Salah, Timing Pun Salah” - Netizen Selar Peraduan TikTok Ini Kerana...

BACA: "Kembang Tekak Tengok Title Influencer!" - Norreen Iman Ulas Isu Pertandingan TikTok Ketika Covid-19