Pelakon dan pengacara Norman Hakim meraih tumpuan wargamaya apabila berkongsi foto sewaktu dia berimej rambut panjang.

Menerusi laman sosial Instagram, Norman memuat naik dua foto gaya rambut paras bahu untuk tatapan umum.

“Foto blur sikit sebab zoom, tapi nak bagitau inilah agaknya rambut lepas raya.

Pic blur ckit sbb zoom,tapi nak bgtau ni la agaknya rambut lepas raya. p/s: Tolong jgn tag Just Kaef atau Keisha Adleena ok

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


“Ps, tolong jangan tag Kaef (Ben Amir) atau Keisha Adleena (Mimi Lana) okay,” tulis Norman sebagai kapsyen.

Lebih mencuit hati wargamaya apabila imej Norman itu turut dibandingkan dengan gaya Ben Amir yang terkenal dengan fesyen rambut paras bahu.

Malah, aktor drama Chandelier itu turut meninggalkan komen yang menghiburkan wargamaya.

“Wahhh wahhhh!” tulis Ben Amir di ruangan komen.

“Huyoooo,” komen Mimi Lana yang memegang watak sebagai Keisha Adleena di dalam drama popular itu.

Malah, ramai wargamaya yang turut memberikan pujian ‘jambu’ terhadap imej rambut panjang Norman tersebut.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 5,000 tanda suka daripada wargamaya.