Bersimpati dengan nasib peminat yang terkesan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Amyza Aznan mebantu untuk meringankan beban mereka.

Terdapat segelintir peminat telah meminta bantuan daripadanya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram (IG).

Amyza kemudian memuat naik foto paparan skrin DM tersebut ke dalam entri IG miliknya berserta nombor akaun bank mereka untuk sama-sama dibantu oleh pengikutnya yang mahu memberikan sumbangan.

“Jangan kita persoalkan kesulitan mereka.

“Duit dalam akaun dia tadi tinggal RM20 sahaja dan dia ibu kepada empat orang anak-anak yang masih kecil,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang lain yang turut bersimpati dengan nasib mereka.

Malah terdapat juga salah seorang penerima bantuannya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan serta prihatin dari pengikut laman sosialnya yang menderma sebelum ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP mulai Rabu (18 Mac) sehingga 28 April 2020, di seluruh negara.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, memakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Duit dlm account dia TADI tinggal 20 ringgit. ? ibu pd 4 org anak2 yg masih kecil. Detail 7048698503 cimb(nurulhana) Rumah sentosa,kampung sanggang 28020 temerloh pahang.

A post shared by KAAiA66066kaaia66066 (@amyzaaznankaaia) on