Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi satu rakaman video matanya yang bengkak selepas menangis di laman sosial Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita yang mesra dengan panggilan nama Shiera ini, dia mendedahkan mengapa matanya kian membengkak.

"Mata kita bengkak, bukan apa nak kongsi sikit... Nangis tak berhenti sebab kena dera dengan suami.

"Ha, nangis... Ha... Kena tipu. Bukan kena dera tapi tengok cerita Korea, menangis," kata Shiera dalam video yang dimuat naik di ruangan Instagram TV.

Dalam pada itu, Shiera sempat bertanyakan peminatnya mengenai perkembangan mereka ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung bermula 18 Mac lalu.

"Korang PKP macam mana dengan suami, okay ke? Dengar kata ada yang kena dera, ada yang macam-macam.

"I tengok cerita Korea banyak, jadi kena menangis layan perasaan. Best cerita Korea!

"Mata bengkak kan? Korang tengok Korea tak sampai menangis? Sedih cerita tu, tajuk Secret cerita dah lama dah," katanya.

ok ke hubungan suami isteri...mesra? ok jangan yengok korea sangat ni kita ada org jahit baju cantik mask stylo2. 25 hinggit je @lilymoo88 @lilymoo88 jahit baju pun cantik2

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on


Lalu, perkongsian tersebut pantas mendapat reaksi pelbagai di kalangan para pengikutnya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat berkongsi minat yang sama dengan Shiera dan mereka turut mencadangkan drama-drama Korea lain yang mendapat sambutan hangat.



Untuk pengetahuan anda, Astro juga menyajikan pelbagai drama Korea menarik untuk ditonton sepanjang PKP ini!

BACA: Jadi Kegilaan Sepanjang PKP, K-Drama Best Ni Akan Buat Anda Terus Melekat Di Rumah

Apapun, kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!