Pelakon Fendy Bakry pada Ahad telah memuat naik sepotong video daripada IGTV usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang sedang menguji ‘face mask’ keluarannya.

Video Aliff Syukri itu telah menjadi tular kerana ‘face mask’ yang didakwa kalis air itu ‘kantoi’ apabila ia bocor selepas air dituangkan ke atasnya.

Sebaliknya berlaku kepada ‘surgical face mask’ apabila ujian sama dilakukan ke atasnya dan perkara tersebut telah menarik perhatian ramai netizen termasuk Da’i Wan.

Sementara Fendy Bakry pula bertindak bijak dengan menggunakan video tersebut untuk mempromosikan ‘surgical face mask’ dan mangga Harum Manis jualannya.

“Terima kasih Dato Aliff sebab menunjukkan penggunaan mask dengan betul dan menunjukkan mask yang sememangnya ada certificate terjamin selamat…Even air pun tak menitik turun bawah.

“Owh ya, Dato jugak tengah makan harum manis, nampak sedap sampai tepis segalanya di tepi hahaaha,” tulisnya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian rakan-rakan selebriti lain yang terhibur melihat posting ‘serampang dua mata’ Fendy itu.

Terima kasih dato aliff sebab menunjukan penggunaan mask dengan betul dan menunjukkan mask yang sememangnya ada certificate terjamin selamat.. Even air pun tak menitik turun bawah.. Owh ya, dato jugak tengah makan harum manis.. nampak sedap sampai tepis segalanya di tepi hahaah.. Gaisss nak borong mask ke nak beli kotak ke korang boleh mesej 0139920796.. Nak harum manis??? contact 0143274463.. Dato aliff dah membuktikan keberkesanan surgical mask.. Korang tunggu apa lagi.. ready stock beb.. Buah pun dah nak kutip.. isnin or selasa dah boleh post..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Pendakwah bebas, Da'i Wan Dazri menegur tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang memperdaya pengikut dengan menjual produk topeng muka tanpa mengikut piawaian sepatutnya.

Terdahulu, pendakwah bebas Dai’ Wan menyelar tindakan Aliff yang menyifatkan perbuatan usahawan tersebut sebagai menipu pelanggannya.

BACA: "Perbuatan Ini Jelas Haram" - Da'i Wan Dazrin Tempelak Aliff Syukri Kelentong Jual Topeng Muka Bocor?

Da’i Wan menegaskan perbuatan tersebut bersifat dosa besar dan haram di sisi agama Islam.

"Sesungguhnya Datuk Aliff Syukri telah menipu dengan Face Mask penjualannya.

"Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga.

"Perbuatan itu jelas haram dan jika dia teruskan maka dihukumkan pada zahirnya berdosa,” tegasnya.