Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan mengenai topeng muka yang bocor baru-baru ini.

Menurut Aliff Syukri menerusi postingnya pada petang Rabu, topeng muka tersebut belum dijual kerana masih dalam peringkat ujian.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya. Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan satu mask pun tak terjual.

“Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali,” katanya pada ruangan kapsyen.

Aliff berkata, topeng tersebut baru sampai dari kilang dan pihaknya berniat untuk mencuba dan melihat respon pengguna terhadap kualitinya.

BACA: Fendy Bakry Ucap Terima Kasih Kepada Aliff Syukri Kerana Buktikan Keberkesanan Surgical Mask!

“Saya mohon maaf sekiranya ada yang menganggap saya cuba menipu pengguna, saya sendiri pun tidak jangkakan perkara tersebut.

“Sehubungan itu kami telah menaik taraf kualiti topeng muka kami dan kali ini tidak bocor lagi,” katanya yang akan menyumbang 1,000 keping topeng muka kepada golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu Aliff Syukri turut merayu kepada masyarakat supaya berhenti mencari kesalahannya dan melemparkan tohmahan terhadap beliau.

“Saya memohon kepada masyarakat untuk berhenti mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

“Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali,” ujarnya.

Kontroversi topeng muka Aliff Syukri mula tercetus selepas beliau melakukan uji kaji terhadap barangan tersebut dengan mencurahkan air kedalamnya.

Bagaimanapun ketika sedang menguji ketahanan topeng muka tersebut, air yang dituang menitis keluar dan Aliff dilihat meneruskan promosi dan mendakwa ia berkualiti serta meletakkan produk itu di tepi.

Perkara tersebut menjadi buah mulut warganet dan tindakannya itu diselar pendakwah bebas Da’i Wan yang menegaskan ia satu penipuan dan berdosa besar jika topeng itu dijual kepada orang ramai.

Assalamualaikum wbt, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya. Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan 1mask pun x terjual- - Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali . Semoga perkongsian yang saya sharekan pada video ini dapat menjelaskan pada situasi yang sebenar. - - Saya memohon kepada masyarakat semua untuk menghentikan mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. - - Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali...Untuk mengetahi lebih lanjut lagi perkara yang sebenar malam ini abang akan posting dekat YouTube abang mengenai masalah ini 08:00 malam ini jangan lupa tengok

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on