Percubaan pelakon Shima Anuar untuk melakukan #dontrushchallenge tidak menjadi apabila dia tidak merakamkan pertukaran wajahnya kepada wajah yang disolek.

Video yang dikongsi di Instagram miliknya itu menjadi bahan lawak dan menghiburkan mereka yang menontonnya.

"Tak bertukar pun!," tulis Shima pada entri video tersebut.

Tak bertukar pun! ? #norushchallenge

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on


Rata-rata yang meninggalkan komen terhibur dengan video-video yang dikongsi Shima.

Begitu juga dengan Zulin Aziz yang sentiasa menghiburkan di Instagram miliknya itu.

Percubaan Zulin untuk membuat #dontrushchallenge juga tidak menjadi apabila hanya dia seorang sahaja yang melakukannya.

"Bila kau nak buat #dontrushchallenge tapi member kau tak ada sorang pun reply dalam group," tulis Zulin pada entri videonya itu.

Bila kau nak buat #dontrushchallenge tp member kau tak de sorang pun reply dalam group ?

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on


#dontrushchallenge antara cabaran yang menjadi viral di media sosial terutamanya di Instagram, selain daripada aplikasi TikTok.