Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Lisa mengakui tidak kisah sekiranya masih ada yang tidak mengenali mereka.

Menurut Lisa, dia sudah cukup berasa gembira sekiranya mereka tetap menyukai lagu dan muzik BLACKPINK walaupun tanpa mengetahui tentang kewujudan kumpulan tersebut.

“Mungkin ada antara mereka yang tidak mengenali kami sewaktu kami membuat persembahan di festival muzik Coachella sebelum ini.

“Kawan saya yang hadir ke festival tersebut menceritakan bahawa beberapa penonton di sebelah mereka tidak mengenali kami dan kerap bertanya ‘siapa BLACKPINK?’.

“Namun mereka tetap enjoy dengan persembahan kami. Perkara itu membuatkan saya berasa sangat gembira. Rasa seperti kami berjaya menghiburkan penonton yang hadir dengan muzik dan persembahan kami,” ujarnya.

A post shared by LISA (@lalalalisa_m) on


Lisa berkata demikian ketika ditemu bual dalam sebuah majalah dan mengimbas kembali kenangan sewaktu mengadakan persembahan untuk festival tersebut tahun lalu.

BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo yang mula terkenal menerusi lagu hit mereka iaitu Ddu Ddu Ddu dan Kill This Love merupakan artis di bawah naugan syarikat pengurusan YG Entertainment.

Selain BLACKPINK, artis terkenal lain yang turut berada dalam pengurusan yang sama adalah BIGBANG, IKON dan WINNER.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Soompi